Monday, February 26, 2007

Mahkamah Keadilan Yg Tidak Adil

MAHKAMAH KEADILAN YG TIDAK ADIL
ICJ Bebaskan Serbia

ICJ akhirnya membebaskan Negara Serbia dari tuduhan membunuh atau bersubahat membunuh umat Islam di Bosnia !! ICJ hanya mengumumkan pembunuhan 8000 penduduk Islam di bandar Srebrenica sebagai pembunuhan kaum dan baki 300,000 penduduk Islam di serata Bosnia di luar bandar Srebrenica sebagai pembunuhan dari perbalahan biasa !!!

Untuk memahami permainan ini, mari kita soroti tragedi 1992 - 1995 yang berlaku di Bosnia yang telah meragut lebih 300,000 nyawa umat Islam Bosnia, 2 juta pelarian, 10,000 anak 9 bulan setelah bermula operasi tentera Serbia hasil perkosaan mereka terhadap wanita2 Islam di Bosnia, belum lagi anak2 yang dilahirkan selepas dari itu, ribuan anak2 yang dilarikan oleh masyarakat Eropah untuk dibahagi-bahagikan dan dibesarkan di pelbagai negara di Eropah dan berbagai tragedi yang menyayat hati dan membangkitkan semangat jihad umat Islam kurun ke 20 ini.

Apabila Yugoslavia menjadi lemah dengan jatuhnya Soviet Union paa 1991, negara2 dalam Persekutuan Yugoslavia seperti Serbia (Kristian Ortodok), Croatia (Kristian Roman Katholik), Bosnia (Islam), Montenegro dan Kosovo (Islam) turut menuju kearah kemerdekaan dan membentuk negara masing2. Serbia memiliki bandar Belgrade, ibukota Yugoslavia sekaligus mengambarkan pengaruh Serbia di segi pentadbiran, ketenteraan dan budaya ke atas lain-lain wilayah. Croatia di biar merdeka lantaran dokongan Kuasa2 Besar Dunia yang beragama kristian membuat Serbia kena akur. Akan tetapi engan dokongan Kuasa2 Besar Dunia, Serbia menyerang Bosnia untuk mengelak pembentukan sebuah Negara Islam Bosnia yang menegakkan Syariat Islam apatah lagi kedudukan Bosnia yang strategik di tengah-tengah benua Eropah, tempat bermulanya tamaddun Kristian dan Barat dalam sejarah kemanusiaan. Membiarkan Islam tegak di Bosnia dengan bilangan 6 juta penduduk Islam akan memberi kesan langsung kepada Eropah, menggugat aqidah dan budaya Kristian, melemahkan kesatuan dan ketenteraannya serta menjadi pusat penyebaran Islam di sana.

1992 negara Serbia di bawah Presiden Slobodan Milosevic menyerang Bosnia. Bagi menutup penglibatan mereka secara langsung, ungkapan serangan oleh salah sebuah kawasan dalam Bosnia yang dinamakan Serb Bosnia digunakan dibawah pimpinan Radovan Karavic. Dengan ini, Kuasa2 Besar (dan kemudiannya ICJ dalam keputusannya semalam) boleh berdalih bahawa ini adalah isu dalam negeri Bosnia semata-mata iaitu pergaduhan diantara penduduk Islam Bosnia di bawah pimpinan Presiden Ali Izzat Begovitch melawan penduduk Serb Bosnia di bawah Radovan Karavic. Presiden Slobodan Milosevic yang sepatutnya di dakwah di Mahkamah Antarabangsa di dakwah telah pun meninggal dunia dalam penjara beberapa bulan lalu. Habis cerita.

Hakikatnya umum mengetahui bahawa negara jiran Serbia terlibat secara langsung dalam membunuh penduduk Islam Bosnia. Kebanyakan tentera, senjata terutama kereta kebal zaman Yugoslavia adalah dibawah pentadbiran Belgrade, ibu negeri Serbia yang dulunya ibu negara Yogoslavia. Bantuan kewangan dalam kempen penghapusan etnik umat Islam datang mencurah2 dari Kuasa2 Besar Dunia dan Eropah melalui negara Serbia juga.

Oleh itu menjadi hak umat Islam untuk kesal dengan keputusan ICJ yang tidak adil terhadap Islam dan sejarah kemanusiaan. Jika ICJ yang merupakan tempat memelihara hak, kebenaran dan keadilan sejagat sendiri telah berlaku zalim, siapa lagi yang diharap dan dinantikan oleh masyarakat dunia untuk menjaga hak-hak asasi mereka.

Sebenarnya ini adalah salah satu kerugian dunia dan umatnya apabila yang memimpin dunia hari ini adalah negara dan mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, pencipta sekelian makhluk. Kita membaca sejarah Islam lalu betapa dunia bahagia dan sejahtera di bawah naungan Islam. Hakikat sejarah ini akan hanya berulang sekiranya umat Islam kembali kepada ajaran2 agama mereka, memahami tanggungjawab dan peranan mereka berjihad dan berdakwah kepada masyarakat antarabangsa seterusnya memimpin dan membimbing mereka dalam naungan Khilafah Islam yang diredhai Allah. Ini tidak mustahil sekiranya umat Islam sedar dari lamunan mereka dan berusaha gigih kearah itu. Mimpi semalam adalah hakikat yang berlaku pada hari ini dan mimpi (cita-cita) hari ini adalah hakikat (yang tidak mustahil boleh berlaku) hari esok.


Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
B.Engineering, B.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo)


ICJ bebaskan Serbia -- Sahkan pembunuhan penduduk Islam semasa Perang Bosnia
THE HAGUE 26 Feb. – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam satu keputusan bersejarah hari ini mendapati pembunuhan hampir 8,000 penduduk Islam Bosnia di Srebrenica pada 1995 merupakan pembunuhan kaum.
ICJ bagaimanapun membebaskan Serbia daripada tuduhan bertanggungjawab secara langsung atau bersubahat dalam pembunuhan tersebut di Bosnia semasa perang 1992-95.
Keputusan itu mengesahkan keputusan yang dibuat sebelum ini oleh mahkamah jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi bekas Yugoslavia.
Dalam reaksi segara, rakyat Bosnia dan Croatia melahirkan kekecewaan dengan keputusan tersebut.
“Mahkamah memutuskan anggota tentera Serb Bosnia (di Srebrenica) terlibat dalam pembunuhan kaum,” kata Presiden ICJ, Rosalyn Higgins.
Itulah kali pertama ICJ yang merupakan mahkamah tertinggi PBB memutuskan sesuatu kejadian itu sebagai pembunuhan kaum iaitu kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah antarabangsa di bawah Konvensyen Geneva 1948.
Bagaimanapun dalam keputusan yang sama, ICJ juga menyatakan, pembunuhan beramai-ramai di bahagian lain Bosnia semasa perang 1992-95 tidak dianggap sebagai pembunuhan kaum.
“Mahkamah mendapati Bosnia tidak dapat membuktikan pembunuhan tersebut boleh disifatkan sebagai pembunuhan kaum,” jelas Higgins.
ICJ membacakan keputusan bersejarah dalam kes Bosnia yang telah menuduh Serbia mendalangi kempen “pembersihan etnik” yang dijalankan secara meluas terhadap penduduk Islam dan Croat di Bosnia semasa perang 1992-95.
Bosnia mendakwa kempen itu merupakan pembunuhan kaum.
Serbia telah menyatakan, ia tidak bertanggungjawab terhadap tindakan kumpulan separuh tentera Serb, perang tersebut adalah konflik antara beberapa kumpulan etnik dan tidak ada niat untuk memusnahkan seluruh atau sebahagian penduduk Islam Bosnia.
Dalam keputusan panjang lebar itu, ICJ menyatakan Serbia menyalurkan bantuan ketenteraan dan kewangan yang cukup banyak kepada Republika Srpska (entiti Serb Bosnia) semasa perang Bosnia itu.
– Agensi

No comments: