Monday, February 26, 2007

Mahkamah Keadilan Yg Tidak Adil

MAHKAMAH KEADILAN YG TIDAK ADIL
ICJ Bebaskan Serbia

ICJ akhirnya membebaskan Negara Serbia dari tuduhan membunuh atau bersubahat membunuh umat Islam di Bosnia !! ICJ hanya mengumumkan pembunuhan 8000 penduduk Islam di bandar Srebrenica sebagai pembunuhan kaum dan baki 300,000 penduduk Islam di serata Bosnia di luar bandar Srebrenica sebagai pembunuhan dari perbalahan biasa !!!

Untuk memahami permainan ini, mari kita soroti tragedi 1992 - 1995 yang berlaku di Bosnia yang telah meragut lebih 300,000 nyawa umat Islam Bosnia, 2 juta pelarian, 10,000 anak 9 bulan setelah bermula operasi tentera Serbia hasil perkosaan mereka terhadap wanita2 Islam di Bosnia, belum lagi anak2 yang dilahirkan selepas dari itu, ribuan anak2 yang dilarikan oleh masyarakat Eropah untuk dibahagi-bahagikan dan dibesarkan di pelbagai negara di Eropah dan berbagai tragedi yang menyayat hati dan membangkitkan semangat jihad umat Islam kurun ke 20 ini.

Apabila Yugoslavia menjadi lemah dengan jatuhnya Soviet Union paa 1991, negara2 dalam Persekutuan Yugoslavia seperti Serbia (Kristian Ortodok), Croatia (Kristian Roman Katholik), Bosnia (Islam), Montenegro dan Kosovo (Islam) turut menuju kearah kemerdekaan dan membentuk negara masing2. Serbia memiliki bandar Belgrade, ibukota Yugoslavia sekaligus mengambarkan pengaruh Serbia di segi pentadbiran, ketenteraan dan budaya ke atas lain-lain wilayah. Croatia di biar merdeka lantaran dokongan Kuasa2 Besar Dunia yang beragama kristian membuat Serbia kena akur. Akan tetapi engan dokongan Kuasa2 Besar Dunia, Serbia menyerang Bosnia untuk mengelak pembentukan sebuah Negara Islam Bosnia yang menegakkan Syariat Islam apatah lagi kedudukan Bosnia yang strategik di tengah-tengah benua Eropah, tempat bermulanya tamaddun Kristian dan Barat dalam sejarah kemanusiaan. Membiarkan Islam tegak di Bosnia dengan bilangan 6 juta penduduk Islam akan memberi kesan langsung kepada Eropah, menggugat aqidah dan budaya Kristian, melemahkan kesatuan dan ketenteraannya serta menjadi pusat penyebaran Islam di sana.

1992 negara Serbia di bawah Presiden Slobodan Milosevic menyerang Bosnia. Bagi menutup penglibatan mereka secara langsung, ungkapan serangan oleh salah sebuah kawasan dalam Bosnia yang dinamakan Serb Bosnia digunakan dibawah pimpinan Radovan Karavic. Dengan ini, Kuasa2 Besar (dan kemudiannya ICJ dalam keputusannya semalam) boleh berdalih bahawa ini adalah isu dalam negeri Bosnia semata-mata iaitu pergaduhan diantara penduduk Islam Bosnia di bawah pimpinan Presiden Ali Izzat Begovitch melawan penduduk Serb Bosnia di bawah Radovan Karavic. Presiden Slobodan Milosevic yang sepatutnya di dakwah di Mahkamah Antarabangsa di dakwah telah pun meninggal dunia dalam penjara beberapa bulan lalu. Habis cerita.

Hakikatnya umum mengetahui bahawa negara jiran Serbia terlibat secara langsung dalam membunuh penduduk Islam Bosnia. Kebanyakan tentera, senjata terutama kereta kebal zaman Yugoslavia adalah dibawah pentadbiran Belgrade, ibu negeri Serbia yang dulunya ibu negara Yogoslavia. Bantuan kewangan dalam kempen penghapusan etnik umat Islam datang mencurah2 dari Kuasa2 Besar Dunia dan Eropah melalui negara Serbia juga.

Oleh itu menjadi hak umat Islam untuk kesal dengan keputusan ICJ yang tidak adil terhadap Islam dan sejarah kemanusiaan. Jika ICJ yang merupakan tempat memelihara hak, kebenaran dan keadilan sejagat sendiri telah berlaku zalim, siapa lagi yang diharap dan dinantikan oleh masyarakat dunia untuk menjaga hak-hak asasi mereka.

Sebenarnya ini adalah salah satu kerugian dunia dan umatnya apabila yang memimpin dunia hari ini adalah negara dan mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, pencipta sekelian makhluk. Kita membaca sejarah Islam lalu betapa dunia bahagia dan sejahtera di bawah naungan Islam. Hakikat sejarah ini akan hanya berulang sekiranya umat Islam kembali kepada ajaran2 agama mereka, memahami tanggungjawab dan peranan mereka berjihad dan berdakwah kepada masyarakat antarabangsa seterusnya memimpin dan membimbing mereka dalam naungan Khilafah Islam yang diredhai Allah. Ini tidak mustahil sekiranya umat Islam sedar dari lamunan mereka dan berusaha gigih kearah itu. Mimpi semalam adalah hakikat yang berlaku pada hari ini dan mimpi (cita-cita) hari ini adalah hakikat (yang tidak mustahil boleh berlaku) hari esok.


Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
B.Engineering, B.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo)


ICJ bebaskan Serbia -- Sahkan pembunuhan penduduk Islam semasa Perang Bosnia
THE HAGUE 26 Feb. – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam satu keputusan bersejarah hari ini mendapati pembunuhan hampir 8,000 penduduk Islam Bosnia di Srebrenica pada 1995 merupakan pembunuhan kaum.
ICJ bagaimanapun membebaskan Serbia daripada tuduhan bertanggungjawab secara langsung atau bersubahat dalam pembunuhan tersebut di Bosnia semasa perang 1992-95.
Keputusan itu mengesahkan keputusan yang dibuat sebelum ini oleh mahkamah jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi bekas Yugoslavia.
Dalam reaksi segara, rakyat Bosnia dan Croatia melahirkan kekecewaan dengan keputusan tersebut.
“Mahkamah memutuskan anggota tentera Serb Bosnia (di Srebrenica) terlibat dalam pembunuhan kaum,” kata Presiden ICJ, Rosalyn Higgins.
Itulah kali pertama ICJ yang merupakan mahkamah tertinggi PBB memutuskan sesuatu kejadian itu sebagai pembunuhan kaum iaitu kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah antarabangsa di bawah Konvensyen Geneva 1948.
Bagaimanapun dalam keputusan yang sama, ICJ juga menyatakan, pembunuhan beramai-ramai di bahagian lain Bosnia semasa perang 1992-95 tidak dianggap sebagai pembunuhan kaum.
“Mahkamah mendapati Bosnia tidak dapat membuktikan pembunuhan tersebut boleh disifatkan sebagai pembunuhan kaum,” jelas Higgins.
ICJ membacakan keputusan bersejarah dalam kes Bosnia yang telah menuduh Serbia mendalangi kempen “pembersihan etnik” yang dijalankan secara meluas terhadap penduduk Islam dan Croat di Bosnia semasa perang 1992-95.
Bosnia mendakwa kempen itu merupakan pembunuhan kaum.
Serbia telah menyatakan, ia tidak bertanggungjawab terhadap tindakan kumpulan separuh tentera Serb, perang tersebut adalah konflik antara beberapa kumpulan etnik dan tidak ada niat untuk memusnahkan seluruh atau sebahagian penduduk Islam Bosnia.
Dalam keputusan panjang lebar itu, ICJ menyatakan Serbia menyalurkan bantuan ketenteraan dan kewangan yang cukup banyak kepada Republika Srpska (entiti Serb Bosnia) semasa perang Bosnia itu.
– Agensi
Assalamualaikum wr wb

Dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini kita digemparkan dengan kajian ilmiah di medan (real berlaku) dimana hanya seorang dari 887 pelajar perempuan sekolah menengah yang bermasalah tidak pernah terlibat dalam seks. Ini bermakna 886 dari 887 mereka yang ditemui mengaku mereka pernah terlibat dalam seks. Peratus 99.9% ini sudah pasti memeranjatkan semua pihak termasuk ahli2 analisa dari Barat.

Saya mempunyai anak seramai 12 orang. Yang sulung berumur 19 tahun dan yang bongsu berumur 6 bulan. 5 orang dari mereka berada di peringkat sekolah menengah. SUdah tentu sebagai ayah kepada 5 anak yang bersekolah menengah merasa gempar bahkan takut membaca berita di atas yang keluar pada hari ini. Namun sebagai seorang Islam yang cuba memikul tugas para rasul, perasaan belas kasih kepada masyarakat kita yang teramat sangat menyebabkan saya mengajak kita semua memahami apa yang berlaku dan mencari tindakan penyelesaiannya.

Anak-anak kita tidak lari dari hidup didalam suasana dan perkara di bawah yang mencorakkan akhlaknya:
1- Suasana di rumah : Adakah contoh tauladan yang ditunjukkan oleh kita sebagai ibu bapa kepada anak kita mencerminkan akhlak Islam yang sebenar? Bermula dari bangun awal untuk bersolat 2 rakaat sebelum azan subuh, kemudian ke surau berhampiran untuk solat Subuh secara berjemaah, kemudian balik ke rumah untuk menatapi ayat-ayat Allah swt di dalam Al-Quran. Kesemua ini bukan sahaja membentuk diri kita akan tetapi juga dri anak2 kita yang sentiasa memerhati jadual harian kita secara praktikal. Adakah peluang setiap pagi bersama anak2 kita gunakan sepenuhnya sebelum mereka ke sekolah dengan memberi nasihat, tunjuk ajar, teguran dan galakkan? Atau kita seperti sebilangan penjaga yang kurang menjaga masa solat, jarang memegang Al-Quran dan sibuk di setiap pagi dengan persiapan diri , membaca akhbar atau membuka internet sebelum ke tempat kerja?

2- Suasana di sekolah pula penting untuk pembentukan anak2? Adakah kita meneliti sukatan pelajaran anak2 kita di sekolah? Adakah kita bertanya,"cukup ke kandungan sukatan tersebut ke arah menjadikan mereka insan soleh lagi musleh (mensolehkan orang lain)? Adakah guru2 di sekolah tersebut boleh menjadi contoh kepada peribadi seorang Islam didepan mata anak muridnya? Adakah jadual sekolah selari dengan waktu solat?Adakah suasana di sekolah suasana yg menjurus kepada penghayatan Islam pada diri anak2 atau sebaliknya - pergaulan bebas, pergaulan antara guru2 yang luar batasan, tersebar bahan lucah, program2 ala budaya Barat yang mengikis identiti Islam sedikit demi sedikit, seruan kearah memanang serong terhadap Islam dan mereka yang mengamalkan ajarannya dan sebagainya.

3- Selepas sekolah dan pergaulan dengan rakan-rakan seharusnya diperhati dan dirancang dengan teliti. Apa yang berlaku pada zaman ini, ramai ibu bapa tidak mempunyai program yang jelas untuk masa anak2 mereka selepas sekolah. Bagi mereka, masa terpenting ialah di sekolah demi untuk berjaya dalam peperiksaan. Adapun selepas sekolah terserahlah kepada mereka sendiri untuk mengisinya, samada bersendiri atau bersama rakan-rakan kenalannya. Dari sikap ini sebenarnya lahir banyak perkara yang negatif pada diri anak2 mereka. Ya, ia tak lain ialah dari sikap negatif yang tidak ambil barat oleh ibu bapa itu sendiri. Tidakkah mereka memperhatikan selepas waktu sekolah ramai remaja yang terjebak dalam membaca majallah lucah atau sekurang2nya menghabiskan waktu dengan majallah2 hiburan yang sedikitpun tidak membina kehidupan berprinsip, perjuangan umat seperti kebenaran, keadilan, keberanian dan sebagainya. Ramai juga yang terjebak dalam melayari bahagian2 internet yang merosakkan, pergaulan bebas dengan rakan sesekolah, berpoya-poya menghabiskan waktu dan balik lewat malam. Terdapat ibu bapa yang tidak merasa pelik sekiranya anak perempuan mereka pulang larut malam sedangkan sepatutnya mereka bukan sahaja putut malu kepada diri sendiri, bahkan kepada jiran-jiran dan ajaran Islam itu sendiri.

Tanpa disedari setelah bertahun2 berlalu, anak2 membesar dalam suasana jauh dari Islam yang sebenar, tiba2 didapati anak2 terjebak dalam ketelanjuran akan tetapi di waktu itu tiada guna lagi kesalan dan tangisan. Melentur buluh biar dari rebung namun malangnya nasi sudah menjadi bubur. Anak telah dewasa dan tidak mendengar cakap. Kalau pun mendengar cakap tapi susah untuk berubah. Ketika itu terimalah saha hakikatnya.

Baru sedar dan insaf, jika di Tingkatan Satu dulu dihantar ke sekolah yang beragama walaupun beryuran RM400 sebulan. Tapi apa yang telah berlaku, ramai ibu bapa teragak-agak melabur beberapa ratus ringgit sebulan untuk pendidikan peribadi anak2 mereka tetapi sanggup membayar beberapa ratus ringgit untuk menukar kereta baru atau rumah baru yang lebih canggih. Ketika itu mereka lupa bahawa melabur untuk akhlak anak2 akan menghasilkan anak yang lebih baik kualiti diri sedang melabur untuk kereta akan susut nilainya setelah berlalu beberapa tahun bahkan berkarat.

Ketika itu baru sedar yang diri sanggup bertungkus lumus siang malam menghantar anak2 ke tusyen supaya mendapat peningkatan beberapa peratus lagi di dalam peperiksaan sedang permintaan anak untuk dihantar ke kelas Al-Quran, Fardhu Ain atau perkhemahan Islam waktu cuti sekolah dianggap membazir wang dan mengganggu masadepan.

Ketika itu baru sedar dan insaf hakikat itu dan ini.

Mudah2an Allah memelihara diri kita dan anak2 dari perkara2 yang membawa kepada kemurkaan dan NerakaNya, dan membimbing kita ke arah keredhaan dan SyurgaNya. Amin.


Abdul Halim Abdullah
27 Februari 2007





Semua remaja perempuan bermasalah pernah laku seks
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Sungguh mengejutkan apabila kajian seorang akademik tempatan mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang dikategorikan sebagai “berisiko tinggi” yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.
Penemuan yang amat membimbangkan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah”.
Mereka yang berisiko tinggi itu terdiri daripada pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin seperti kerap ponteng sekolah, melawan cakap guru dan sering melakukan salah laku lain serta berlatarbelakangkan keluarga yang bermasalah.
Melalui kajian selama tiga bulan yang berakhir Disember 2006 itu membabitkan pelajar menengah terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, sebanyak 20 orang pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah dipilih kaunselor sekolah masing-masing sebagai responden.
“Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada kesemua responden yang ditemu bual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks.
“Ini keputusan yang amat memeritkan namun ianya adalah satu realiti yang harus kita terima,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM Bangi dekat sini hari ini.
Difahamkan kajian terhadap pelajar perempuan berisiko tinggi itu dilakukan berdasarkan inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral golongan remaja di negeri itu berdasarkan kepada pendedahan yang sering dibuat media.
Hasil penemuan daripada kajian itu diharapkan dapat membantu kerajaan negeri untuk merangka modul latihan khas yang terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.
Khaidzir berkata, kajian itu juga mendapati pelajar perempuan yang berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk cuba melakukan hubungan seks buat pertama kali.
Katanya, kajian itu juga mendapati kebanyakan pelajar perempuan itu berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing yang mempunyai masalah psikologi, bercerai, mengalami masalah kewangan dan kebanyakannya tinggal di rumah kos rendah.
“Kajian juga menunjukkan bahawa masalah itu bukan berasal daripada pelajar itu sahaja tetapi juga disebabkan pengaruh masalah rumah tangga yang dihadapi oleh ibu bapa mereka akibat tekanan hidup dan masalah lain,” katanya.
Beliau berkata, selain terbabit dalam hubungan seks, kajian juga mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).
Khaidzir berkata, hasil kajian itu adalah satu petunjuk bahawa generasi kini berhadapan dengan masalah sosial yang kritikal.
“Walaupun hasil kajian ini agak mengejutkan, namun semua pihak perlu sedar tentang peranan mereka untuk membantu pelajar terbabit, bukannya menunding jari dan menghukum tanpa memberi jalan penyelesaian terbaik,” katanya.
Katanya, kebanyakan pelajar itu mempunyai kekurangan daripada aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri yang rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah.